tutorial shawl gaya shida



STYLE 1

 

pakai inner syria cotton (shida pun jual :P)
sebelah pendek, sebelah panjang


yang pendek bawak ke kanan dan pinkan


yang labuh bawak ke belakang macam biasa


dari belakang ke depan, pastikan tudung tu betul -betul ke depan
supaya tak nampak inner (macam dalam gambar)


lebihan tadi boleh masukkan ke dalam baju atau pinkan


lipat tepi tudung kiri dan kanan


pinkan lipatan tu (ala macam pakai tudung sekolah tu)


taraa dah siap
yang kat depan tu boleh adjust bagi lagi cantik :)

p/s: sangat senang sebenarnya tapi dia akan bagi korang gaya yang unik dan ia hanya sesuai untuk selendang jenis pashmina yang kainnya tak licin



STYLE 2




tips: korang boleh pilih samada nk longgarkan atau x masa nak belit tudung ni
shida pilih longgar ckit tapi sbb pashmina tu macam menggelembung so x nampak sangat (-__-)
adik, die ketatkan

p/s: adik nampak tinggi sebab die pakai wedges... (nak jugak bgtau kan)



1) mula-mula korang pinkan tudung belakang, macam dalam gambar. make sure amik yang hujung sekali tau, sependek yang mungkin
2)yang panjang tu, macam biasa korang bawak ke depan
3) lepastu, bawak naik ke atas macam biasa yang korang pakai tuu
4) yang selebihnya bawak ke depan semula dan pin kan
5)kemaskan mengikut citarasa masing2. siap! :)


*tutorial ni lebih kurang sama mcm di atas

1) pakai shawl sebelah panjang, sebelah pendek (macam biasa lerr)
2) pinkan belakang macam tutorial di atas ni
3) yang panjang, bawak naik atas dan pinkan (macam biasa jugak)
4) oh sebenarnya gamba ni selepas di pin kan (step 3). this is how it looks like.
5) yang pendek ni bole masukkan dalam baju atau pin kan di bahu (letak dibawah yang panjang tadi). and u're ready to go! :)


STYLE 3


nak pakai shawl macam shida, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba!

1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek).

2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan,
3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa,

4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar,

5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap